Friday 27 January 2017

KETAGIHAN REMAJA DALAM MENGGUNAKAN INTERNET

PROFIL KUMPULAN 




NAMA : KUSHALI A/P KUMARAKESAN

KELAS : DNS2A



NAMA: KHOR DI CHZE

KELAS : DNS2A






NAMA : LEE JIA HUI

KELAS : DNS2C
TAJUK : KETAGIHAN REMAJA DALAM MENGGUNAKAN INTERNET

SLOGAN : REMAJA OBSES DALAM LAMAN SOSIAL  


a} DEFINISI

b} STATISTIK
c} HURAIKAN LIMA FAKTOR

d} JELASKAN LIMA IMPLIKASI

e} TERANGKAN LIMA LANGKAH







Gambar tentang budak-budak main komputer





a} Definisi tajuk " Ketagihan remaja dalam menggunakaninternet" adalah keinginan golongan manusia yang berumur 12-21 tahun dalam mengeratkan jaringan komputer yang saling terhubung secara global.

b} Statistik tentang isu ini antara tahun 2010-2015 beserta pandangan tokok-tokok, orang perseorangan atau badan-badan adalah statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan 72 peratus daripada 18.6 juta pengguna internet tempatan adalah golongan muda seawal usia.Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkarshi berkata, laporan daripada Cybersecurity menunjukkan bilangan insiden keselamatan siber dari Januari sehingga September tahun ini telah meningkat kepada 112 peratus berbanding 2010. "Lebih membimbangkan data yang diperoleh daripada Norton Online Family pada 2010 menunjukkan empat daripada 10 ibu bapa tahu tentang laman sesawang yang kerap anak mereka lawati di Internet .  Pada Jun 2011 Facebook melaporkan telah pun mencapai 750 juta pengguna. Manakala Twitter yang diasaskan oleh Jack Dorsey pada tahun 2006 melaporkan telahpun mempunyai 200 juta pengguna aktif pada tahun 2011. 





Keratan Surat Khabar Tentang Ketgihan Remaja Terhadap Internet


Carta dari Tahun 2010 hingga 2015



C) Lima faktor yang menyebabkan kewujudan masalah ini dalam masyarakat dan negara ialah-:


i) Faktor ekonomi keluarga  
Faktor ekonomi yang dimaksudkan ialah golongan keluarga yang sudah mampu memiliki sistem komputer dan mudah menyediakan talian Internet di rumah. merupakan faktor pelajar sekolah melayari Internet secara berlebihan
                         
ii) Faktor Sosial Budaya
Ketagihan internet mungkin bergantung pada faktor-faktor sosial dan budaya. Orang yang hidup di persekitaran di mana masyarakatnya merupakan pengguna internet, membolehkan ia untuk menjadi pengguna dan menyebabkankan ketagihan. 

iii) Faktor Tingkah Laku
Internet membolehkan individu untuk melarikan diri dari kenyataan, menerima hiburan atau rasa senang dari internet. Hal ini akan menyebabkan individu terdorong untuk lebih sering mengakses internet, yang secara perlahan akan menyebabkan mereka merasa tidak bisa lepas dari internet dan membuatnya merasa ketagihan.

iv) Faktor Bioperubatan
Ketagihan Internet juga boleh disebabkan oleh faktor bioperubatan, faktor yang terjadi semasa turun-temurun seperti masalah kromosom, ketidakseimbangan kimia di otak atau perubatan di tahap nerotransmitter boleh menyebabkan ketagihan internet, seperti yang terjadi pada ketagihan alkohol, meroko dan ketagihan lain.

v) Faktor Penggunan Laman Sosial
Percubaan untuk menggunakan pelbagai jenis rangkaian sosial seperti facebook, Twitter, Myspace dan freindster yang mana menjadi salah satu aplikasi yang paling diminati oleh pengguna. Kegunaan yang pelbagai serta mudah menjadikan ramai dalam kalangan remaja terutamanya terjebak dalam ketagihan menggunakan laman sosial dan juga internet


d) Lima implikasi masalah ini kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara :-

i) Kurang Fokus Pada Pelajaran
Internet dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input.

ii) Enggan Bersosial
Sebagai pengguna internet, pelajar juga dikatakan golongan masyarakat yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin dilupakan sehingga hubungan itu semakin renggang pula.

iii) Terikut Budaya Negatif
Melalui laman sosial pelajar akan mengenali individu tertentu. Contohnya budaya barat seperti “Black Metal” , “Punk” dan “Skin Head” yang menjerumus pemikiran remaja di Malaysia.

iv) Menjejaskan Keharmonian dan Perpaduan
Sudah ada banyak halaman web yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gossip serta propaganda negatif untuk memastikan rakyat di negara ini menerima maklumat yang salah lalu berlakunya kekacauan pula.

v) Mendedahkan Pelajar dengan Banyak Iklan dan Kandungan yang Tidak Sesuai
Banyak rancangan televisyen dan iklan menggambarkan seksualiti dan keganasan serta steretaip dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kadungan yang tidak sesuai untuk tumbesaran dan perkembangan minda kanak-kanak boleh terjejas dengan lambakan kandungan yang tidak sesuai untuk mereka.

e} Lima langkah penyelesaian yang boleh diambil oleh individu,masyarakat dan negara bagi menyelesaikan masalah ini adalah :-


i) Ibu Bapa 
Ibu bapa terlebih dahulu memberi kesedaran dan ilmu kepada anak-anak tentang manfaat dan bahaya penggunaan internet. Ibu bapa juga perlu monitor atau menyelia penggunaan internet anak dan selalu menasihati

ii) Pihak sekolah memantau aktiviti penggunaan internet
Pihak sekolah perlu memantau aktiviti penggunaan internet oleh para pelajar dengan penggunaan perisian yang mampu menyekat akses ke laman web pronografi dan sebagainya.

iii) Pihak Sekolah Mengadakan Ceramah
Pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah berkaitan dengan penyalahgunaan internet dan impak negatifnya.

iv) Pihak Kerajaan mewujudkan undang-undang yang lebih tegas
Pihak kerajaan juga haruslah mewujudkan undang-undang yang lebih tegas khusus bagi gejala penyalahgunaan internet dan penyebaran pronografi di atas talian.

v) Pihak Kerajaan Menghadkan Akses ke Sebarang Laman Web
Pihak kerajaan boleh menghadkan akses ke sebarang laman web yang mungkin mengandungi kandungan yang tidak sesuai bagi pengguna-pengguna remaja.








                                  SEKIAN TERIMA KASIH....